Thursday, November 18, 2010
Tuesday, August 5, 2008
Adab Berpolitik Mesti Dipelihara
TATASUSILA dan adab merupakan sebahagian daripada kerangka peraturan dan undang-undang bermaksud mendisiplinkan tingkahlaku manusia. Boleh jadi dua unsur berkenaan bertulis atau diwarisi melalui interaksi antara satu generasi dengan generasi yang lain.
Dalam konteks masyarakat Melayu beragama Islam, misalnya ajaran al-Quran, sunah Rasulullah SAW mengajar penganutnya bahawa mengumpat, mencaci, mengata orang, memfitnah merupakan satu dosa besar malah dosa memfitnah sebagai misalannya lebih besar dari kesalahan membunuh.
Peristiwa Rasulullah SAW dimikrajkan sehingga ke Sidratul Muntaha, juga jelas diperlihatkan untuk tatapan baginda bagaimana sekumpulan manusia memotong lidah mereka sendiri gara-gara perbuatan menista dan mengumpat. Umum juga mengetahui di antara alatan modal bagi seseorang ahli berpolitik ialah ucapan, syarahan, mahupun pidato.
Bersyarah, berpidato untuk menjelaskan matlamat perjuangan, hala tuju perancangan dan dasar yang bakal untuk dilaksanakan bagi kebaikan rakyat tidaklah salah. Isunya apabila ucapan berapi-rapi disulami dengan kata nista, fitnah berterusan dan usaha menegakkan benang yang basah serta mengelirukan pemikiran rakyat.
Inilah yang seringkali terjadi dalam setiap kali kempen pilihan raya mahupun tatacara utama bagi setiap ahli politik seluruh dunia demi mendapatkan sokongan dan pengaruh. Seakan dalam dunia moden ini yang pegangan agama makin pudar, yang salah dianggap betul dan yang betul seringkali dikatakan salah.
Masyarakat pengundi juga seakan seronok dihidangkan dengan ucapan sensasi, kontroversi, berbaur fitnah dan mengata orang apatah lagi jika ucapan-ucapan kempen mampu meruntun emosi mereka meskipun pada hakikatnya golongan ini sedar bahawa ucapan sedemikian tidak lebih bersifat retorik dan janji politik.
Demikianlah adab kita berpolitik, sehingga tidak ada titik temu antara pegangan agama dan amalan dalam kehidupan siasah. Berpolitik seharusnya mensejahterakan umat manusia, memajukan pencapaian sosio-ekonomi rakyat dan mencipta keamanan berpanjangan.
Kempen berpolitik tidak wajar menjadi medan menanam rasa amarah, benci, dendam, mencipta permusuhan sesama umat. Kempen politik juga tidak seharusnya mewujudkan keadaan tegang, konfrantasi dan pergaduhan berpanjangan, hanya kerana mahukan kuasa.
Kempen politik, ucapan, sebarang propaganda di kalangan pihak yang bertanding sepatutnya memperihalkan agenda masa depan, kemampuan menangani isu dan masalah masa kini serta mampu menyediakan jaminan untuk kelangsungan hidup bagi kesejahteraan pengundi dan rakyat.
Insan dan ahli politik sebagai ikon yang berpengaruh mempunyai pilihan sebenarnya sama ada mahu merangsangkan terus api permusuhan di kalangan pengikut melalui kaedah ucapan, pidato atau kempen yang menjurus ke arah kemusnahan.
Ataupun mengajak manusia dan pengundi ke arah perdamaian. Amat benarlah kata bidalan 'kerana pulut santan, binasa kerana mulut badan binasa". Apa yang penting hakikatnya di dalam ajaran Islam kita ditekankan agar jangan bercakap bohong, berdosa mengata, mengumpat, menista dan memfitnah orang lain. Kebenaran kata-kata mendapat nilaian yang tinggi.
Justeru itulah Rasulullah SAW digelar Al-Amin sebelum pun kerasulan baginda hanya kerana prinsip baginda yang sentiasa bercakap benar.
Hakikat ini jugalah yang menyebabkan sahabat setia baginda Abu Bakar Al-Sidiq mengiyakan apa jua kata-kata baginda termasuk penceritaan Israk Mikraj sungguhpun ada di kalangan sahabat meraguinya kerana tidak terdaya difikirkan secara akal lojik.
Namun hasil keimanan dan kebenaran kata-kata Rasulullah SAW yang telah menyebabkan Abu Bakar kukuh yakin pegangannya sehingga digelar Al-Sidiq.
Lantaran itulah seluruh rakyat mengharapkan agar pentas pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh nanti bakal menjadi contoh betapa adab dalam berkempen dan berpolitik seperti mana anjuran agama dilaksanakan sepenuhnya.
Janganlah pula kerana sentimen emosi dan akibat ketaksuban pendirian kita 'menang sorak, kampung tergadai". Biarlah kebenaran dan sikap tidak berbohong kita menjadikan seluruh masyarakat pengundi di kawasan berkenaan terus kuat dan mampu menjamin hidup yang sejahtera.
SOBRI SUDIN
Sentul, Kuala Lumpur
Utusan Malaysia Online, 5 Ogos 2008
Thursday, May 29, 2008
Tujuh Lagi Ikut Jejak Ezam

BEKAS setiausaha politik kepada Presiden PKR, Anuar Shaari (kiri) bersama bekas exco Pemuda Keadilan Pusat, Khairul Anuar Ramli pada sidang media di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Parlimen, semalam.

Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin, Sazarina Shahrim, Norliza Wasilan dan Suhana Roslan, Berita Harian Online, 30 Mei 2008
Bekas orang kanan PKR sertai Umno kerana tak percaya kepemimpinan AnwarKUALA LUMPUR: Tujuh lagi bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengumumkan akan mengikut langkah bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Mohamad Ezam Mohd Nor, menyertai Umno semalam. Bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dan bekas Exco PKR, Khairul Anuar Ramli, memutuskan untuk menyertai Umno selepas tidak lagi mempercayai kepemimpinan Anwar yang juga Penasihat PKR.
Kedua-duanya menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen, semalam. Lima lagi ialah Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli; Setiausaha Angkatan Muda PKR, SD Mohd Johari Yasin; Ketua Angkatan Muda PKR Perlis, Ahmad Daud Che Abdul Ghani; dan dua Exco PKR Pusat, Azwandin Hamzah serta Abdul Ghani Haron. Mohd Nazmi, SD Mohd Johari, Ahmad Daud dan Azwandin mengumumkan untuk menyertai Umno pada sidang media bersama Mohamad Ezam di Petaling Jaya, pagi semalam, manakala Abdul Ghani mengesahkan penyertaannya, malam tadi.
Bercakap pada sidang media selepas menerima borang kemasukan dua pemimpin PKR itu, Najib berkata, Anuar yang juga bekas Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh sudah lama ingin menemuinya bagi menyatakan hasratnya menyertai Umno.
Beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran dan kesimpulan mengenai tindakan semakin ramai pemimpin PKR menyertai Umno, termasuk ura-ura ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. "Permohonan Anuar yang juga bekas ahli Umno akan dibawa kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk dibincangkan. Ini prosedur yang perlu dilalui kerana beliau pernah menjadi ahli Umno tetapi Khairul Anuar pula ahli baru, jadi tidak perlu dirujuk kepada MT. "Kedua-dua mereka memohon untuk menjadi ahli seumur hidup," katanya.
Sementara itu, Mohamad Ezam dalam sidang medianya berkata, perkara utama yang mendorongnya menyertai semula Umno ialah kerana yakin dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memerangi rasuah dan mengembalikan integriti badan kehakiman
"Dalam tempoh 10 atau 20 tahun lalu, tiada Perdana Menteri atau pemimpin lain yang secara terbuka sedia memberi status bebas kepada kedua-dua badan berkenaan. "Kenyataan paling menarik hati saya adalah komitmen beliau untuk memerangi rasuah dan ia sebab utama saya kembali bersama Umno... membantu melaksanakan perubahan ke arah kebaikan selain mempertahan dan meneruskan cita-cita besar pengasas negara ini. "Saya kembali berasaskan kepada hasrat (untuk membuat) perubahan dan saya yakin lebih banyak perubahan akan dibuat (Perdana Menteri) pada masa akan datang," katanya.
Anuar pula mendakwa akan berlaku gelombang kemasukan bekas ahli PKR ke dalam Umno tidak lama lagi. Katanya, beliau sudah meninggalkan PKR sejak setahun lalu dan tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum kembali kepada Umno. "Tindakan ini saya ambil atas kesedaran selepas kerana pernah menjadi ahli Umno dan PKR. Dari situ saya membuat perbandingan dan saya memutuskan untuk kembali kepada akar perjuangan bangsa dan agama," katanya yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Anuar berkata, beliau keluar daripada PKR tahun lalu kerana hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti itu dan menyertai semula Umno sebagai ahli biasa atas dasar keikhlasan dan kesedaran. Khairul Anuar pula mulanya menjangka PKR adalah wadah bagi rakyat tetapi selepas menyertainya, beliau hairan apabila pemimpinnya mengeluarkan kenyataan berbeza sehingga menyebabkannya hilang keyakinan.
Prinsip Pas Tubuh Negara Islam Semakin Kabur?
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali selaku salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri telah membuat satu kenyataan yang amat meyakinkan semasa sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 26 Mei lalu. Kenyataan beliau berbunyi: "Tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji akan menutup tempat-tempat maksiat; kilang arak dan pusat hiburan".
Adakah kini Pas menukar perjuangan atau memang dari dulu bukan pembentukan negara Islam yang menjadi asas perjuangan mereka?
Jika mereka terpaksa menukar prinsip perjuangan demi Pakatan Rakyat, maka tahniah DAP, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika pada tahun 80-an dahulu, Pas cuba menarik Anwar menyertai mereka tapi gagal, tapi kini ternyata Anwar berjaya menarik Pas menyertai perjuangannya. Adakah ini bermakna Pas akan dibubarkan atau adakah kemungkinan Anwar bakal menjadi Tuan Guru atau Mursyidul Pas yang akan datang?
Jika ini tidak pernah menjadi asas perjuangan Pas, maka tertipulah saya dan kawan-kawan dalam jemaah semasa di universiti dahulu. Pemimpin-pemimpin Pas dalam kaset-kaset yang diedarkan menyatakan UMNO taghut dan sekular kerana tidak menegakkan daulah Islamiah. Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata "Undi UMNO bermakna menolak Pas. Menolak Pas bermakna menolak negara Islam. Maka tidak akan masuk syurga sesiapa yang menolak negara Islam". Berapa ramai anak muda terpengaruh semasa itu sehingga menimbulkan ketegangan dalam keluarga kerana krisis fahaman politik yang berbeza. Apakah rakyat Malaysia sudah lupa ketaksuban politik Pas terhadap UMNO pada tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu sehingga menimbulkan isu kafir-mengkafir.
Saya dan rakan-rakan yang kebingungan kini mengharapkan penjelasan Pas mengenai perkara itu. Mengapakah bersekongkol dengan DAP, ekstremis bangsa Cina dan PKR, gabungan Parti Sosialis dan Parti Keadilan yang memperjuangkan supaya Anwar menjadi Perdana Menteri.
JAMLIAH
Kuala Lumpur
Utusan Online, 30 Mei 2008
Tiada Penyelewengan Akidah dalam Islam Hadhari
Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID
ISLAM Hadhari merupakan satu lagi dasar pembangunan negara yang dilihat berteraskan Islam. Ia juga pendekatan yang berteraskan kepada pembinaan tamadun bagi umat Islam.
Pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan juga bertujuan mengeluarkan umat Islam dari belenggu kejumudan dan kemiskinan, di mana kedudukan umat Islam di mata dunia seringkali dikaitkan dengan masalah-masalah tersebut.
Kedudukan umat Islam di dunia umumnya, dan Malaysia khususnya telah ketinggalan dalam pelbagai aspek kemajuan. Walaupun pegangan akidah mereka kuat dan mempunyai ramai golongan yang berilmu, namun mereka masih tidak mampu untuk bangkit dari permasalahan yang melanda umat Islam dan tidak berupaya untuk menjadi umat yang maju di dalam segala bidang.
Dalam keadaan apa pun sekarang ini, Islam Hadhari masih relevan dan diterima rakyat negara ini meskipun terdapat pihak yang menolak pendekatan itu kerana merasakan kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam. Pendekatan Hadhari ini dilakukan kira-kira empat tahun lalu dengan asas yang kukuh berdasarkan al-Quran dan hadis selain merujuk kepada prinsip Islam selaras dengan Maqasid Al-Syariah dan termasuk ijtihad, islah dan tajdid. Ini ditegas oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud: "Dalam setiap abad itu Allah akan menghantar mereka yang memperbaharui agamanya". (Maksud Hadis)
Islam Hadhari ialah Islam yang sifatnya terbuka dan semasa, sesuai dengan kemajuan dan boleh dilaksanakan pada setiap masa dan tempat. Istilah hadhari mula digunakan secara agak meluas di Malaysia setelah pemimpin-pemimpin utama negara menggunakannya untuk menampilkan gagasan Islam progresif sebagai pendekatan yang diperlukan oleh umat mengikut perubahan zaman. Islam hadhari bukanlah perkara pokok yang menyentuh persoalan akidah tetapi ia berkait dengan urus tadbir negara. Malah gagasan ini adalah kesinambungan daripada rancangan dasar penerapan nilai-nilai Islam.
Konsep hadhari merupakan gagasan pemikiran dan gerak kerja yang amat bermakna bagi Malaysia dalam usaha membangun sebuah negara maju serta bertamadun dalam kerangka ajaran Islam sebagai agama rasmi negara. Pada asasnya, konsep hadhari merujuk kepada amalan agama yang menekankan soal ketamadunan, pembangunan dan kemajuan, yang bersifat komprehensif dan seimbang.
Ini merujuk kepada keperluan untuk menggabungkan kecemerlangan aspek fizikal dan spiritual, duniawi dan ukhrawi dan kejayaan peribadi dan kesejahteraan masyarakat. Bagaimanapun, disebabkan ada umat Islam yang terkeliru dan mengabaikan salah satu dan kedua-dua aspek, maka nilai hadhari ini perlu ditekankan bagi meletakkan kembali umat Islam pada landasan sebenar mengikut syariatnya.
Konsep hadhari juga ialah Islam yang dinamik, yang sedar akan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Jika tidak, umat Islam akan terus ketinggalan ditelan arus zaman. Cabaran-cabaran dalam bidang ekonomi, kewangan, teknologi dan perdagangan antarabangsa yang bersifat global perlu disahut supaya kita memperkasakan keupayaan dan potensi bagi menangkis segala bentuk penindasan yang dilakukan oleh negara-negara maju.
Konsep hadhari merupakan lanjutan kepada komitmen berterusan mengisi erti sebagai agama rasmi negara yang ingin melihat kepentingan pembangunan spirituil yang setara sebagai komponen penting dalam kehidupan ummah. Namun begitu, kita melihat konsep hadhari mempunyai keistimewaan tersendiri, lebih-lebih lagi Islam sering dikaitkan dengan gejala-gejala negatif seperti kejahilan, kekolotan, kemunduran, penindasan dan keganasan.
Agenda tentang pembangunan insan, pengurusan hidup duniawi yang seimbang antara tujuan fardu ain dan fardu kifayah perlu diletakkan di hadapan kerana kemajuan umat Islam dalam pelbagai bidang akan mencerminkan kemakmuran dan kualiti hidup umat Islam itu sendiri.
Pembangunan yang dimaksudkan bukan hanya menyentuh soal-soal akhirat semata-mata, malahan mencakupi pelbagai bidang seperti bio-teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), angkasa lepas, perubatan dan sebagainya.
Dalam Islam, bidang-bidang ini dinamakan fardu kifayah yang menjadi kewajipan bersama untuk diterokai dan dimanfaatkan. Kemajuan yang dicapai dalam bidang-bidang tersebut sudah tentu dapat mengangkat martabat bangsa dan umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Islam hadhari tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan ciri-ciri keperibadian dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri ini perlu ada pada segenap lapisan masyarakat bermula daripada pemimpin tertinggi negara, para pegawai kerajaan, kakitangan awam dan swasta, golongan belia sehinggalah kepada rakyat jelata.
Tidak perlu usaha 'memperlekehkan' Islam Hadhari kerana pendekatannya bukan bertujuan membawa kemunduran mahupun kemudaratan kepada ummah. Mengapa mesti 'ditentang' usaha ke arah pembangunan ummah? Sepatutnya pendekatan yang dianjurkan dalam konsep Islam Hadhari itu dimantapkan menerusi buah fikiran yang bernas dan membina daripada pelbagai pihak. Bukan cuba 'meruntuhkannya'.

Apa 'Dosa' Islam Hadhari Sehingga Diharamkan

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam Hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Peliknya mengapa Islam Hadhari yang menjadi mangsa Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali? Adakah langkah itu memberi kepuasan kepada dirinya sehingga Pulau Pinang pun mengambil tindakan yang sama dengan Selangor. Adakah bersubahat dengan DAP untuk meluluskan ladang ternakan babi di Sepang itu lebih mulia dari Islam Hadhari. Tidakkah ini dinamakan pembelot kepada agama Islam itu sendiri.
Bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan yang semakin bersepah di seluruh negeri Selangor sekarang?
Mengapa tidak ada apa-apa tindakan dari exco hal ehwal agama untuk mengharamkannya. Ini termasuk juga dengan kilang-kilang arak di Selangor.
Sepatutnya kalau benar-benar mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor, perkara-perkara ini yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu.
Rakyat menggesa agar kerajaan negeri Selangor tidak mempolitikkan Islam Hadhari sebaliknya menumpukan usaha untuk menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto mereka.
Mungkin Dr. Hassan sedang berusaha 'mengulamakan' diri beliau supaya dapat diterima kembali menjadi salah seorang ahli ulama di dalam kepimpinan Pas Pusat. Dan mungkinkah Islam Hadhari menjadi salah satu 'ujian' nya? Atau ini mungkin untuk menutup malu Pas di Selangor berikutan kes ladang babi di mana Pas bersubahat meluluskan pembiakan babi di Selangor.
Pas juga bersubahat tidak menutup kilang arak di Shah Alam dan Petaling Jaya serta pusat hiburan di seluruh Selangor. Apa hukumnya bersubahat dengan DAP. Adakah disebabkan DAP adalah 'abang besar', Pas terpaksa bersetuju dan bersubahat. Maknanya Pas lebih takutkan DAP dari hukum Allah.
Sebenarnya banyak perkara yang menbuatkan Dr. Hassan Ali marah, kecewa dan menyimpan dendam. Setelah mendapat bantahan yang bertubi-tubi dari rakyat Selangor dengan kes babi, marahkan UMNO dengan pelbagai isu rupa-rupanya dia sendiri kecewa dengan rakan-rakan pemimpin di dalam Pas.
Hakikatnya Islam Hadhari tidak menyesatkan dan memesongkan akidah. Jika ulama sedunia termasuk Sheikhul Azhar pun boleh menerima dan memuji pendekatan tersebut kenapa ia perlu diharamkan.
Kerajaan negeri Selangor tidak perlu berasa takut dan terancam dengan pendekatan Islam Hadhari ini. Mereka sepatutnya perlu lebih takut kalau mereka tidak mampu menunaikan janji-janji pilihan raya lalu.
TAMINSARI
Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Utusan Online, 29 Mei 2008
Tuesday, May 27, 2008
Hadhari: Tindakan Selangor Merugikan
Oleh Hasnurul Mohamed, Utusan Online, 28 Mei 2008
KUALA LUMPUR 27 Mei - Penolakan pelaksanaan program berkaitan konsep Islam Hadhari oleh kerajaan negeri Selangor adalah suatu tindakan malang yang merugikan penduduk negeri itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, keputusan kerajaan campuran di Selangor yang berkuat kuasa serta-merta semalam, dibuat tanpa memikirkan kebaikan dan manfaat rakyat secara keseluruhan.
Beliau berkata, konsep Islam Hadhari sebenarnya, adalah satu pendekatan untuk membangunkan ummah secara holistik, spiritual dan fizikal.
''Jika dilihat kepada 10 prinsip yang terkandung di dalam Islam Hadhari, ia tiada cacat cela dan sewaktu kerajaan memperkenalkannya pada Persidangan Akademi Fiqh Antarabangsa tahun lalu, ia menjadi contoh kepada negara- negara Islam lain di dunia,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, program yang terkandung di dalam Islam Hadhari paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam negara ini supaya terus maju dalam pelbagai bidang.
Selain itu, katanya, lebih 1,000 ulama lepasan Al-Azhar yang menghadiri Multaqa Alumni di Kuala Lumpur pada awal tahun ini, turut bersetuju bahawa pendekatan Islam Hadhari mampu menyuntik semula kesedaran umat Islam seluruh dunia untuk maju dalam bidang-bidang yang mereka ketinggalan selama ini.
''Itu membuktikan perjalanan dan penghayatan Islam Hadhari dan program berkaitan dengannya di Malaysia dibuat bukan secara sembarangan.
"Ia dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yang mantap serta kalangan cendekiawan Muslim tempatan dalam pelbagai profesion,'' katanya.
Beliau berkata, penghayatan Islam Hadhari mampu mewujudkan pengurusan masjid yang lebih cekap, ceria serta menjadikannya bukan sekadar tempat ibadat sebaliknya pusat ekonomi mikro setempat.
Subscribe to:
Posts (Atom)